By admin On 11:30 | Categorized As , , | With 1 comments

JOHOR BAHRU - Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau mendesak penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli, 22, yang didakwa biadab menurun dan menggantikan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi supaya memohon maaf secara terbuka dengan segera.

Ketuanya, Syahrin Md. Jamaludin berkata, tindakan berkenaan merupakan sesuatu yang sangat biadab dan mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan itu.

"Perbuatan itu bukan sahaja biadab malah mencerminkan dirinya sebagai seorang individu yang tidak mempunyai tahap intelektual tinggi.

"Apa rasionalnya dia menurunkan bendera itu sedangkan tujuan utamanya untuk menyerahkan memorandum dan ia disambut baik oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah?," katanya semasa mengadakan bantahan berkenaan selepas Majlis Pelancaran Program Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di Dewan Desa Cemerlang.

Bantahan bermula pukul 10 malam itu dihadiri lebih 500 orang termasuk Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sabtu lalu, kira-kira 200 ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul dan berarak untuk menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan kerana didakwa menyekat kebebasan akademik.

Sebelum menyerahkan memorandum bantahan itu, beberapa ahli SMM ketika berpiket di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertindak menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

apa hal nak minta maaf secara terbuka? kau orang takat beri amaran ja, tapi tiada tindakan. Apa tindakan yangt kau orang boleh buat jika adam tak nak minta maaf? ppppppppp lah ku tak leh buat pe punnnnn haaaa