By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 0 comments

KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Wangsa Maju menuntut kawasan Parlimen tersebut dikembalikan kepada calon daripada parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sejajar dengan dasar pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) yang hanya mahu meletakkan calon boleh menang.

Ketuanya, Datuk Dr. Mohd. Shafei Abdullah menegaskan, ia juga berikutan keputusan dan desakan sebulat suara pergerakan Pemuda UMNO di situ dalam mesyuarat baru-baru ini, selain selepas mendengar reaksi beberapa parti komponen BN serta sambutan masyarakat di peringkat akar umbi.

"Kami mahukan kawasan Parlimen ini ditandingi semula calon UMNO kerana peluang untuk merampas kerusi lebih cerah pada pilihan raya umum akan datang," katanya di sini, hari ini.

Mohd. Shafei yang juga Pengerusi BN Parlimen Wangsa dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, komposisi terbaru penduduk di kawasan berkenaan iaitu 55 peratus bumiputera, 50 peratus (Cina), lapan peratus (India) dan dua peratus (lain-lain) turut menjadi pendorong mengapa UMNO Bahagian Wangsa Maju menuntut semula kawasan berkenaan ditandingi semula oleh calon mereka.

"Asalnya kawasan ini memang milik UMNO dan hanya selepas persempadanan semula pada 2004, ia diserahkan kepada MCA dan kami percaya memiliki calon yang mampu menang untuk merebut semula kawasan Parlimen ini," katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: